Bismillahirohmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
haa..!! apa pulak kali ni malyanah?? kenapa pulak dengan mood awak tu...??aisehhh,,nilah nak cerita sikit ni...mana tau korang boleh tolong malyanah....
bukan apa,sejak dua menjak ni...rasanya,bukan dua menjak lagi,memang dah wujud dah pun sebelum ni...adesss!!bila nak mula ni...malyanah memang suka buat orang pening kepala kan...?
setiap kali ada orang tanya soalan,tak kiralah cepumas atau tak...malyanah tentu macam nak mengelak,dengan alasan...mood tak muncul lah,mood tak elok lah...apa ni...?kadang-kadang,malyanah pun tak faham dengan diri sendiri...sampailah malyanah perasan satu benda....rupanya,malyanah berada dalam situasi yang tak menentu...sehinggakan kekosongan itu sangat jelas terasa...bahaya juga ni,nampaknya...tak leh duduk diam je ni,kena cari sesuatu yang bisa mengisi kekosongan ni.... T^T
saya nak minta maaf juga pada sapa-sapa yang pernah bertanya tapi saya hanya diam,jawab yang bukan-bukan,,,semoga kalian faham dengan situasi saya....insyaAllah...jadi,kalau yang ada pendapat (pendapat yang bermanfaat sahaja diterima),,tolong share ye...semoga Allah merahmati bagi sapa-sapa yang membantu dengan ikhlas keranaNya...amiin....
wassalam,,
p/s buat diri : malyanah yang tengah sedih T^T...malyanah,ingat Allah selalu,insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja....
Indahnya Mengembara . . .
"manfaatkan pengembaraan di bumi Allah ini dengan perkara yang bisa membawa kebaikan di akhirat kelak"
Tuesday, July 3, 2012
Friday, June 29, 2012
Watashi no saisho no kappukeki
Bismillahirohmanirrahim....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Alhamdulillah,,tercapai juga nak buat cup cake...tapi,taklah sesedap yang orang lain buat...ermmm,,tak apalah..lagipun ni cup cake pertama,,special sikit yang pertama ni,,ada macam biskut,,ada macam muffin...ermm,,macam-macam ada...hehehe... n_n apa-apa pun,,yoi shigoto malyanah...n_n....
wassalam...
バイバイ .....
Tuesday, March 13, 2012
11 JANUARI 2012
Tarikh yang dinantikan sudahpun tiba,kenapa ye dengan tarikh tu?haaa,tarikh tu tarikh dimana aku ada appointment dekat hospital Sibu.ermm,secara jujurnya aku rasa nervous.mungkin ini kali pertama aku buat appointment dekat hospital,besar pulak tu.sebelum ni,dekat klinik je.sebenarnya penuh tanda Tanya di fikiranku ketika itu.apa agaknya yang berlaku nanti ye?ermm,entahlah...tawakal je,insyaAllah tidak ada apa yang serius berlaku.
Hampir 5 jam aku tunggu dekat wad,terasa penat pun ada apalagi rasa hendak tidur,lagilah.Alhamdulillah,Allah kirimkan teman buat aku meskipun seketika.. J
Tidak lama kemudian,doktor memanggilku untuk pergi ke wad pembedahan.WAD PEMBEDAHAN!!!terkejut dibuatnya...mula ingat nak buat pemeriksaan biasa-biasa sahaja,rupanya.. “insyaAllah,tidak ada apa-apa yang berlaku”..bisik hati kecilku.
Sampai di wad pembedahan,aku terus rasa kaku.bukan apa,penghawa dinginya terlalu kuat,seolah-olah dalam peti sejuk. “alamak!!kena buka kasut ke?ingat boleh bawa masuk sekali”..lagilah,rasa hendak terbang je tak nak pijak lantai.tapi,ada seorang jururawat yang comel,bagi sarung kaki plastik warna biru dan bagi selimut tebal warna hijau..alhamdulillah,kurang sikit sejuknya. J sempat lagi puji jururawat tu..jangan marah ye akak jururawat..
Tiba giliran aku untuk masuk ke bilik pembedahan.erkk!!sempat lagi seorang akak jururawat ni bergurau.. “gigi palsu ada tak,dah tanggalkan?heheheeee...!!”akak,akak..tapi,dia pandai buat orang tenang.subhanallah,cantiknye bilik pembedahan,rasa nak langkah keluar balik je.punyalah canggih,macam-macam peralatan ada. “oh,awak Nurul ye..”siapa yang tegur?rupanya,seorang doktor yang sudah menjadi ninja yang tegur.banyak juga yang ditanyanya,yang aku rasa macam gunung berapi yang hendak meletup...time aku dah dibagi ubat penahan sakit dan rasa nak pengsan,sempat lagi doktor tu Tanya.. “erkk!!dah kahwin ke belum?” ada lagilah selepas tu dia Tanya,tapi yang tu tak terasa apa-apa...
Mulalah aku kena telan wayar yang bersaiz rotan besar.Allah sahaja yang tahu bagaimana aku rasa masa tu.tidak lama kemudian,semuanya sudah selesai...Alhamdulillah,tidak ada apa-apa yang kritikal berlaku...syukran ya Allah,kerana sentiasa menemani aku..tapi,kesannya masih ada,sehingga aku tiadak bisa untuk berjalan seketika...jadi,aku terpaksa berehat sekejap dalam wad..rasa hendak tidur,tapi tak selesa...terlalu sejuk...Alhamdulillah,tidak lama selepas itu,aku sudah bisa untuk berjalan walaupun masih terasa sakitnya...
Wednesday, February 29, 2012
Menegakkan Tiang Ukhuwah
Kesulitan yang kita hadapi di sepanjang jalan dakwah ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan anugerah dan kurniaan Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh mereka yang beriman yang saling memelihara ukhuwah di atas nama Allah.
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan ukhuwah antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.
Dalam kafilah dakwah ini, kita sememangnya memerlukan ukhuwah kerana ia adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita. Jasad kita boleh tercedera manakala darah, air mata dan peluh boleh meluncur keluar tapi semuanya tidak boleh menghilangkan nikmat persaudaraan atau ukhuwah di jalanNya.
Namun, bagaimanakah kita boleh memiliki nikmat ukhuwah itu?
Di jalan ini, kita mesti mampu :
Namun, bagaimanakah kita boleh memiliki nikmat ukhuwah itu?
Di jalan ini, kita mesti mampu :
- Memelihara sikap lemah lembut
- Berusaha menjaga hubungan baik dengan teman seperjuangan.
Sememangnya itu bukan suatu perkara yang mudah kerana kejayaan kita dalam menjaga ukhuwah di jalan ini boleh menjadi ukuran kadar kejayaan kita dalam memiliki hubungan sosial yang baik dengan masyarakat. Mari kita susuri beberapa ungkapan seorang ulama’ dakwah Dr. Adil Abdullah Al-Laili Asy Syuwaikh di dalam kitabnya “Musafir di dalam kereta dakwah” :
“Kehidupan kita di dunia ini pada hakikatnya adalah umpama perjalanan seorang musafir sepertimana yang digambarkan dalam sebuah hadith :
‘Bagaikan pengembara yang berteduh di bawah pohon, setelah itu ia pergi lagi dan meninggalkan pohon itu.’
Dalam perjalanan ini terdapat para pendukung kebaikan yang mengajak manusia kepada kebenaran dan mencegah mereka dari kemungkaran dan pendukung kebatilan yang mesti terus di dakwahkan. Sebahagiannya menerima seruan dakwah tersebut dan sebahagiannya lagi menolak. Mereka yang menerima seruan dakwah ini berpotensi menjadi orang-orang pilihan, yang mampu bersikap zuhud dan berkeperibadian rahib di tengah dominasi syahwat dan kebendaan ketika ini.
Orang-orang ini layak mendapat julukan manusia yang unggul dan boleh dipercayai serta layak memikul amanah berat dalam kafilah dakwah ini sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“…bagai seratus ekor unta, hampir saja kamu tidak mendapatkan di antaranya (yang layak) menjadi tunggangan.” (Muttafaq ‘alaihi) Orang-orang inilah yang dikatakan sebagai para musafir dakwah yang sedang melakukan perjalanan menuju Allah untuk mendapatkan syurgaNya.
- ‘Manual’ hidup mereka adalah Al Qur’an dan As Sunnah.
- Surat pendaftaran kenderaannya adalah iman dan amal.
- Visanya adalah keikhlasan dalam beramal.
- Bekalan perjalanannya adalah taqwa.
Adapun teman-teman seperjalanannya adalah :
“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari membayar zakat). Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS Nur : 37)
Perjalanan mereka menaiki kereta dakwah iaitu suatu simbol musafir para aktivis dakwah.
Perjalanan mereka menaiki kereta dakwah iaitu suatu simbol musafir para aktivis dakwah.
Di dalamnya terdiri dari jenis manusia unggul, perjalanan musafirnya ke arah yang tetap dengan langkah yang mantap, tidak dapat dihalangi oleh berbagai penghalang dan tidak menoleh ke belakang serta tidak ada yang membelok dari jalan dakwah kecuali yang berpenyakit.
Siapa sahaja yang berhasil melakukan perjalanan dengan para pendakwah dalam kafilah ini, bererti ia akan mampu hidup dengan manusia yang lain dan ia juga akan berhasil menasihati dan mengarahkan mereka kerana ada seorang mukmin yang baik bagi dirinya namun ia kurang baik bila ia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini.”
Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.
Siapa sahaja yang berhasil melakukan perjalanan dengan para pendakwah dalam kafilah ini, bererti ia akan mampu hidup dengan manusia yang lain dan ia juga akan berhasil menasihati dan mengarahkan mereka kerana ada seorang mukmin yang baik bagi dirinya namun ia kurang baik bila ia bergabung bersama orang lain dalam kafilah ini.”
Sepertimana ketika kita melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir mesti menolong saudara-saudaranya dalam perjalanan.
Ukhuwah yang tulus di jalan ini menjadi :
- Perhiasan di saat bahagia.
- Pelindung di saat kesulitan.
Maka, tanpa ikatan ukhuwah yang kuat, seseorang akan sukar untuk bertahan lebih-lebih lagi dalam menghadapi kesempitan. Itu pula yang menjadi sebab kenapa para pendakwah di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai’ah (janji keanggotaan) mereka.
Dalam `Risalah Ta’lim’ , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :
“Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar’ atau mendahulukan kepentingan saudaranya.”
Ukhuwah yang dikehendaki juga tidak boleh secara berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta’ashub’.
Syariat Islam melarang kita terlalu :
Dalam `Risalah Ta’lim’ , Imam Hasan Al-Banna menyebutkan :
“Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan persatuan. Tidak ada persatuan tanpa cinta. Paling minima cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati dari perasaan yang tidak baik dengan sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah `itsar’ atau mendahulukan kepentingan saudaranya.”
Ukhuwah yang dikehendaki juga tidak boleh secara berlebihan, ertinya, cinta tidak boleh mengabaikan asas keadilan dan tujuan hingga membawa kepada sikap fanatik buta dan `ta’ashub’.
Syariat Islam melarang kita terlalu :
- Keras dalam mencaci.
- Berlebihan dalam memuji.
Syariat juga melarang sikap berlebihan dalam segala perkara.
Berlebihan dalam cinta akan mendorong seseorang untuk meremehkan hak orang lain dan setiap sesuatu yang melewati batasnya ia akan memberi kesan kepada orang lain pada perkara yang bertentangan dengannya. Neraca untuk mampu mencintai dengan adil adalah dengan melakukan `tawashi’ atau saling mewasiatkan dalam kebenaran.
Seseorang mestilah mampu :
Seseorang mestilah mampu :
- Menasihati saudaranya.
- Mengingatkannya untuk kembali pada kebaikan.
- Memerintahkannya untuk menghindari larangan Allah.
Seorang ulama’ pernah berkata :
“Seorang mukmin dengan mukmin lainnya itu seperti dua tangan yang saling membersihkan dan menyucikan,”
Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :
Dalam kerangka itu, seorang pendakwah sebagaimana seorang musafir :
- Perlu berbicara dan bertukar fikiran dengan teman seperjalanannya.
- Mesti mampu menyampaikan kritikan atau menolak pendapat.
Kedua-duanya adalah untuk meluruskan penyimpangannya. Memang, ada sebahagian orang yang memandang bahwa :
- Penolakan atau kritikan adalah sebahagian dari kebencian.
- Dialog itu dapat membawa kepada perselisihan.
Tetapi, ini adalah satu cara berfikir yang agak keliru. Seorang manusia akan tetap berbeza pendapat kerana mereka memang berbeza dalam hal :
- Pemahaman dan akal.
- Pengetahuan dan pengalaman.
- Perasaan dan pandangan.
Ini adalah kerana wilayah-wilayah tersebut pasti ada perbezaan dan perselisihan. Namun, yang diperlukan adalah bagaimana seseorang boleh memandang pendapat yang dianggapnya tidak benar itu bagi diberi masukan (input) dengan baik.
Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.
Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :
Berdiskusi dan berhujah tetap diperlukan untuk menjelaskan kebenaran dan menjelaskan jalan.
Jika itu tujuan dan matlamatnya, maka segala :
- Kritikan.
- Pembetulan.
- Hujahan.
- Diskusi.
- Penolakan.
tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan atau rasa benci malah sebaliknya suasana kasih dan cinta yang semakin kuat seharusnya muncul. Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab ‘Majmu’ Al Fatawa’nya bahwa para sahabat Rasulullah saw juga berdebat dalam menyelesaikan suatu masaalah melalui musyawarah dan saling menasihati namun mereka tetap memelihara kedekatan, kebersihan niat dan persaudaraan dalam agama.
Maka dari sinilah para ulama’ terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.
Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat :
Maka dari sinilah para ulama’ terdahulu pun biasa saling tidak sepakat dalam suatu masalah.
Diskusi di antara para pendakwah itu penting kerana ianya akan dapat :
- Memperluaskan pemikiran.
- Mempertajamkan pandangan.
- Meluruskan kesalahan.
- Memperbaiki kesilapan.
- Saling tolong menolong dalam kebaikan.
Ilmu secara teorinya tidak akan mencapai tingkatan kesempurnaan selama mana tidak ditimbang dengan akal. Imam Syafi’ie pernah ditanya apakah kemampuan akal itu merupakan potensi yang dibawa sejak dari kelahiran?
Beliau menjawab :
“Tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan ramai orang dan berdiskusi dengan mereka.”
Berkata Ibnu Abbas ra :
“Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan.”
Ada persiapan yang mesti dilakukan agar seseorang dapat memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik.
Menurut Imam Al Mawardi dalam kitabnya `Adabu dunya wa din’ :
“Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita.
Beliau menjawab :
“Tidak, tapi akal itu adalah hasil dari pergaulan dengan ramai orang dan berdiskusi dengan mereka.”
Berkata Ibnu Abbas ra :
“Mengunyah garam dalam sebuah jamaah masih lebih baik daripada memakan manisan dalam perpecahan.”
Ada persiapan yang mesti dilakukan agar seseorang dapat memiliki kesediaan untuk melontarkan pendapat dan menerima kritikan dengan baik.
Menurut Imam Al Mawardi dalam kitabnya `Adabu dunya wa din’ :
“Yang paling utama adalah kesediaan meringankan beban saudara kita.
Kenapa? Ini adalah kerana, bagaimana seseorang mahu mendengar dan menyahut dengan baik jika ia masih memiliki beban yang menghantui dirinya.
Oleh yang demikian, untuk menjalin ukhuwah yang tulus, seseorang mesti memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya.
Permulaan haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian :
Oleh yang demikian, untuk menjalin ukhuwah yang tulus, seseorang mesti memiliki keyakinan dahulu akan kasih sayang sahabatnya.
Permulaan haknya adalah meyakini kasih sayangnya, kemudian :
- Menjalin persahabatan dengannya dengan memberi keluasan padanya pada selain yang haram.
- Menasihatinya baik secara sembunyi atau terang terangan.
- Meringankan bebannya.
- Menolongnya dari apa yang menimpa dirinya.
Sesungguhnya menemaninya secara zahir semata-mata adalah kecurangan dan meninggalkannya dalam kesulitan dan kesusahan adalah penghinaan.”
Demikianlah kedudukan nasihat dari orang yang menasihati. Apabila hati bersih, maka ia akan semakin bersedia menerima nasihat dan mendengarkan nasihat namun apabila hati ternoda dan terkesan dengan berbagai masaalah seperti kesibukan, kesakitan, keletihan, kecintaan kepada dunia, kepentingan diri dan sebagainya, maka semua itu akan menghalangi seseorang untuk mendengar dengan teliti.
Kemesraan ukhuwah di jalan Allah dibangunkan di atas empat (4) perkara :
Kemesraan ukhuwah di jalan Allah dibangunkan di atas empat (4) perkara :
- Saling kenal mengenal (ta’aruf).
- Saling memahami (tafahum).
- Saling tolong menolong (ta’awun)
- Saling berkongsi beban (takaful).
Keempat-empatnya merupakan tiang ukhuwah yang tidak boleh luput dari roda perjalanan dakwah. “Tak kenal maka tak cinta” adalah sebuah peribahasa yang sudah akrab di telinga kita.
Ta’aruf antara ahli rombongan musafir dakwah merupakan tiang utama yang mesti ditegakkan terlebih dahulu dalam membangun persaudaraan.
`Ta’aruf’ bermula dari pengenalan secara fizikal, karakter, kadar keseriusan dalam bertaqarrub kepada Allah dan perkara-perkara lahiriyah lainnya. Rasulullah saw bersabda :
“Seorang mukmin itu makhluk yang cepat mesra, maka tidak ada kebaikan pada orang yang tidak cepat mesra dan tidak boleh dimesrai.” (HR Ahmad dan Thabrani)
`Ta’aruf’`yang baik dan mendalam diharapkan akan :
“Seorang mukmin itu makhluk yang cepat mesra, maka tidak ada kebaikan pada orang yang tidak cepat mesra dan tidak boleh dimesrai.” (HR Ahmad dan Thabrani)
`Ta’aruf’`yang baik dan mendalam diharapkan akan :
- Mengurangkan kekeringan dan keretakan hubungan sesama muslim.
- Membuatkan hati menjadi lembut serta mampu melenyapkan bibit perpecahan.
- Timbulnya rasa persaudaraan yang kokoh.
- Berseminya rasa kasih sayang yang mendalam antara penggerak dakwah.
- Munculnya rasa tanggung jawab yang besar.
- Menjadikan setiap aktivis dakwah memiliki jiwa besar untuk bersedia menerima dan memberi kepada sesama saudaranya.
Sesungguhnya yang mesti dihindarkan oleh para aktivis dakwah adalah perasaan buruk sangka terhadap saudaranya sendiri di mana ini biasanya berlaku kerana kurangnya rasa saling mengenal antara sesamaaktivis dakwah.
Ramai di antara kita yang kehilangan semangat berjamaah disebabkan masih cenderung memegang ego kelompok (ashabiyyah).
Rasulullah saw bersabda :
“Tidaklah kamu sekalian termasuk beriman sebelum saling menyayangi.”
Para sahabat berkata,
”Ya Rasul, kami sudah saling menyayangi.”
Baginda menjawab,
”Yang dimaksudkan bukanlah berkasih sayang hanya dengan salah seorang di antara sahabat-sahabatmu, tetapi berkasih sayanglah kepada umum.” (HR Ath-Thabrani)
Apabila wilayah `ta’aruf’ sudah terbentang, maka akan tumbuh pula sikap `tafahum’.
‘Tafahum’ bererti usaha setiap aktivis dakwah untuk dapat menggali informasi sebanyak mungkin segalaperkara yang berkaitan dengan cara berfikir dan ruang lingkup pengalamannya dari sesama saudaranya.
Untuk belajar memahami orang lain, kita sepatutnya mampu mengenal pasti karakter diri kita berdasarkan perspektif orang lain.
Kita wajib memiliki gambaran khayalan tentang saudara kita, iaitu ‘empati’.
Sikap `tafahum’ akan menjaga kesegaran jamaah dakwah kerana dakwah dipikul oleh orang-orang yang :
- Mempunyai keterpautan hati.
- Saling bertoleransi.
- Saling berkompromi untuk perkara-perkara yang mubah.
Kepentingan `tafahum’ akan kian terasa ketika pendukung jamaah dakwah terdiri dari berbagai jenis orang baik suku, budaya mahupun bahasanya. Semua karakter kesukuan mesti lebur dalam tradisi `tafahum’ dalam ukhuwah walaupun kedekatan tradisi dan budaya juga bermanfaat bagi kejayaan dakwah.
Imam Malik pernah berkata :
“Lihatlah orang dengan kebenaran dan jangan sebaliknya, iaitu engkau lihat kebenaran dengan orang.”
Puncak `tafahum’ ada pada tahap “berbicara” pada satu bahasa di mana sebagai satu karakter khas yang mewarnai seluruh aktivis jamaah dakwah adalah mereka berfikir dengan pola pemikiran yang satu dan berbicara dengan bahasa yang satu.
Sesiapa yang tidak memahamkan dirinya dengan konsep `tafahum’ ini akan gagal memasuki tahap ukhuwah berikutnya, iaitu `ta’awun’.
Jika cinta kepada Allah telah menembusi jantung setiap dada umat ini maka sifat ‘ta’awun’ merupakan salah satu ciri yang melekat seutuhnya. Saling tolong menolong antara aktivis dakwah tidak mungkin wujud jika setiap individu dilanda penyakit ‘wahn’, pengecut dan lemah.
Imam Malik pernah berkata :
“Lihatlah orang dengan kebenaran dan jangan sebaliknya, iaitu engkau lihat kebenaran dengan orang.”
Puncak `tafahum’ ada pada tahap “berbicara” pada satu bahasa di mana sebagai satu karakter khas yang mewarnai seluruh aktivis jamaah dakwah adalah mereka berfikir dengan pola pemikiran yang satu dan berbicara dengan bahasa yang satu.
Sesiapa yang tidak memahamkan dirinya dengan konsep `tafahum’ ini akan gagal memasuki tahap ukhuwah berikutnya, iaitu `ta’awun’.
Jika cinta kepada Allah telah menembusi jantung setiap dada umat ini maka sifat ‘ta’awun’ merupakan salah satu ciri yang melekat seutuhnya. Saling tolong menolong antara aktivis dakwah tidak mungkin wujud jika setiap individu dilanda penyakit ‘wahn’, pengecut dan lemah.
Perasaan ‘ta’awun’ akhirnya mampu membawa aktivis dakwah kepada lorong ‘takaful’.
Ia adalah perasaan tanggungjawab yang akan menyebabkan setiap aktivis dakwah bersikap sangat waspada dan memiliki ‘self control’ yang tinggi untuk menjaga saudaranya dari kehancuran, fitnah dan celaan keranadia merasakan bahwa dirinya juga sebahagian dari saudaranya yang lain.
Memang begitulah Islam mengajarkan bahwa sesama muslim itu bersaudara.
Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa menutupi aib saudaranya maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Ibnu Majah)
Inilah intisari ukhuwah yang darinya lahir `itsar’ (mendahulukan sesama saudara) iaitu puncak dari segala amal ukhuwah. `Takaful’ tidak semestinya bahu membahu dalam memberikan jaminan kebendaan. Ia boleh dalam bentuk bahu membahu :
- Menunaikan kerja.
- Saling membela orang yang dizalimi.
- Saling mengirim doa.
‘Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah’ tidak akan pernah tegak sebelum umat ini bersatu dalam ikatan ‘Ukhuwah Islamiyah’.
Untuk itu kita perlu bangunkan harapan bersama bagi terciptanya ‘Ukhuwah Islamiyah’ dalam sebuah jamaah.
Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam yang sejati akan panjang usianya bahkan hingga ke hari akhirat kelak bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah saw : “Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada cemburu kepada mereka.” Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah.” (HR Tirmizi)Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menjalinkan hubungan ukhuwah antara sesama kami semata-mata keranaMu. Sesungguhnya tiada tujuan lain kami berada di atas jalan dakwah ini melainkan untuk sama-sama menjadikan kalimahMu tinggi dan terpacak kuat di muka bumi ini. Jauhkanlah kami dari menuntut apa-apa kepentingan dari saudara-saudara kami dalam kami bersahabat dan bersaudara di jalanMu yang mulia ini.
Hasan Al Banna dalam Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin
“Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam
mewujudkannya.”
Muqaddimah
Sesaat setelah membaca kalimat ini, kita akan merasa telah menemukan sebuah telaga di tengah dahaga yang menyerang peradaban islam saat ini. Islam, dengan kegemilangan sejarahnya dan kemuliaannya yang tersebar hingga timur ke barat, tengah mengalami berbagai pertarungan dengan peradaban lain yang ingin memudarkan kemuliaan dari tubuh umat muslim, hingga saat ini, dan sampai kiamat nanti.
Syaikh Sa’id Hawwa dalam Membina Angkatan Mujahid mengatakan, “Jika suatu fatwa dinilai berdasarkan waktu, tempat, dan
ulama yang memberi fatwa, demikian halnya dengan teori gerakan islam kontemporer. Ia harus dipertimbangkan berdasarkan tempat, masa dan kapabilitas pelakunya”.
Demikianlah, risalah ini hadir saat kondisi dunia islam tengah mengalami berbagai permasalahan. Runtuhnya kekhilafah Turki Utsmani yang notabene sebagai payung bagi ummat islam, terpecah-belahnya ummat ke dalam golongan nasionalis dan sektarian yang sempit, hilangnya identitas keislaman dari sebagian pemeluknya, dan serangan sekularisme sebagai warisan penjajahan dan pemecahbelahan yang dilancarakan oleh para musuh islam membuat umat islam ibarat tubuh yang berpenyakitan.
Ibarat seorang sekarat yang tengah menunggu ajalnya, umat islam, kala itu, benar-benar mengalami perjalanan menuju sebuah titik nadir dari sejarah peradabannya yang penuh dengan kegemilangan.
Risalah ini sekaligus hadir sebagai terapi bagi penyakit yang kian akut menggerogoti tubuh umat, hingga ia dapat meraih kembali kemuliaannya.
Risalah Pergerakan, keistimewaan karya ini terletak pada penulisnya itu sendiri, Imam Hasan Al Banna.
Untuk melengkapi kajian ini, kita akan sedikit bercerita mengenai sekelumit kehidupan beliau. Karena mendalami dan memahami sebuah karya dapat dikenali lewat mengenali dan berinteraksi dengan pembuat karya tersebut.
Berkenalan Dengan Hasan Al Banna
Hasan bin Abdurrahman Al Banna. Manusia ini – semoga Allah mensucikan ruhnya dan mengelompokkannya ke dalam barisan syuhada – adalah salah satu bukti nikmat dan tanda-tanda kebesaran Allah bagi umat Islam dan seluruhnya. Ia adalah Syaikh
Hasan bin Ahmad bin Abdurrahman Muhammad Al-Banna. Dengan Kehendak-Nya, beliau lahir dari keluarga yang kental warna keislamannya pada Ahad, 25 Sya’ban 1324 H, atau bertepatan dengan 14 Oktober 1906, di Mahmudiyah, Mesir. Syaikh ? Ya,
usianya baru empat puluh tiga tahun saat tangan-tangan kedengkian yang berlumuran darah umat menyarangkan beberapa peluru di tubuhnya. Empat puluh tiga tahun, serasa usia yang belum pas untuk dibilang Syaikh. Tetapi kedalaman jiwa dan kejauhan pandangnya tak memberi ruang untuk tidak memanggilnya syaikh, bahkan patut digelari Imam. Sedang apa orang seusianya saat ini ? begitu luas ufuk pemikirannya, melebihi usia hidup yang dilaluinya. Banyak orang berumur lebih dari seabad, tetapi biografinya tak lebih dari tiga baris. Nama, tanggal lahir, dan tanggal wafat. Terukir di batu nisan.
Soal usia jauh lebih luas daripada sekedar lama hidup. Betapa tidak, usianya belumlah melampaui angka dua puluh dua, namun ia sudah memimpin gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin yang pengaruhnya kala itu telah menggema di seluruh Mesir dan dunia
Arab. Bila pemimpin suatu jaringan perdagangan putau pada arus bawahnya berumur 19 tahun, itu lumrah saja. Namun yang dipimpin oleh pemuda ini adalah tokoh-tokoh sekaliber Syaikh Muhibbudin Al-Khatib (seorang tokoh salafi, pada Jamaah Ansharus sunah dan ahlul hadits), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestina), Syaikh DR. Musthafa As-Siba’i (ahli hukum, pejuang Palestina), dan lain-lain, termasuk para Syaikhul Azhar (Syaikh-syaikh Al-Azhar).
Ayahnya Ahmad bin Abdurrahman adalah seorang ulama hadits terkemuka di Mesir. Karya-karyanya telah tersebar di dunia. Di antaranya adalah ” Fathu Ar-Rabbani fi Tartibi Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal Asy-Syaibani ” dan ” Al-Qaalu Al-Minan fi Jam’i wa Tartibi Al-Imam Asy-Syafi’i was Sunan ”. Ayahnya pun seorang ahli mereparasi jam (sa’ah) sehingga dijuluki As-Sa’ati
atau tukang jam. Hasan Al-Banna pun juga menimba ilmu ini dari sang ayah sehingga ia juga sempat membuka toko reparasi jam di Kairo.
Masa kecil Hasan Al-Banna adalah masa-masa yang penuh berkah bagi seorang anak yang hidup di masa-masa sulit saat itu di Mesir. Hasan adalah sorang anak yang sangat ’gila’ akan ilmu. Hal yang paling disenanginya saat kecil salah satunya adalah membaca buku di perpustakaan ayahnya yang besar.
Studinya diawali di pesantren tahfizhul Qur’an di Mahmudiyah (di sana biasa disebut Al-Kuttab, atau madrasah untuk anak belia). Ia kerap berpindah dari satu pesantren ke pesantren lainnya. Namun akhirnya ia lebih memilih keluar dari pesantren dan melanjutkan studinya ke Madrasah I’dadiyah (setingkat SD). Mulanya ayahnya menolak, namun Hasan dapat meyakinkannya bahwa ia takkan meninggalkan hapalan Al-Qur’an-nya yang saat itu belum rampung benar. Dan jadilah Hasan kecil bersekolah di I’dadiyah.
Di sekolah ini, Hasan bersama teman-temannya pernah mendirikan sebuah perkumpulan yang dinamakan Perkumpulan Akhlaq Mulia. Ide ini diusulkan oleh guru matematika Hasan yang bernama Muhammad Afandi Abdul Khaliq. Dari namanya saja kita sudah tahu kalau perkumpulan ini menghendaki kemuliaan akhlaq dari para anggotanya. Salah satu aturan klub yang ada di antaranya adalah memberi denda kepada siapapun yang melakukan akhlaq yang tercela, dengan nominal denda dari yang
teringan sampai yang terberat. Tergantung seberat apa pelanggaran yang dilakukannya. Ia juga sempat mendirikan Asosiasi Anti Haram bersama teman-teman SD-nya kala itu. Aktivitas klub ini salah satunya adalah memberikan teguran kepada siapapun muslim yang melanggar ketentuan Alloh, misalnya tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Adapun klub ini memberikan reaksinya dengan menegur orang yang melakukan pelanggaran melalui surat yang mereka tulis dan antar sendiri.
Selesainya dari I’dadiyah, Hasan melanjutkan ke Mu’allimin Awwaliyah di Damanhur. Di usianya yang baru tiga belas ini, Hasan bersekolah di tempat yang kelak akan menjadikannya seorang guru. Dan ia dapat menyelesaikannya dengan nilai yang baik. Setelah itu ia melanjutkan ke Darul ’Ulum di Kairo.Selesai dari Darul ’Ulum, Ustadz Hasan Al-Banna menjadi pegawai negeri
dengan menjadi guru sekolah dasar di Ismailiyah, selama 19 tahun.
Tahun 1928, Syaikh Al-Banna mendirikan sebuah gerakan dakwah yang dinamakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan inilah yang kelak membuat berkeringat para penguasa yang zhalim, dan membuat resah para penjajah yang saat itu sedang gencar-gencarnya
akan menghancurkan dunia Islam. Lewat gerakan ini pulalah, dengan izin Allah, Syaikh Al-Banna menyadarkan para pemuda dan orang-orang di Mesir kala itu untuk bangkit dari keterpurukan dan menyerukan untuk mereka kembali kepada pemahaman
Islam secara kaffah, mengutamakan ukhuwah dan mengurangi perpecahan.
Setelah itu, beliau berdakwah dengan gigih, hingga akhirnya beliau rahimahullah syahid di tangan penguasa yang zhalim saat itu. Bahkan kematiannya ’dirayakan’ di sebuah hotel mewah di New York, Amerika Serikat pada 12 Februari 1949 oleh orang-orang yang membenci kiprah dakwahnya.
Demikianlah kisah seorang tokoh besar. Meskipun akhirnya ia ’hanya’ di shalatkan dan dikuburkan oleh ayahnya yang sudah udzur bersama empat wanita dari anggota keluarganya, tidak dengan dihadiri ratusan ribu orang dengan berbagai ucapan duka cita, saat tangan-tangan makar menyarangkan beberapa peluru ke tubuhnya yang mulia, itu tidaklah dengan serta merta mematikan cita-cita, dakwah, dan semangat jihadnya.
Ia adalah seorang tokoh yang brilian. Meski tidak mengarang buku berjilid-jilid. Ia rahimahullah memiliki komitmen
bahwa, “Tugasku adalah mencetak kader yang kukirim ke suatu daerah, lalu ia menghidupkannya “. Kader adalah buku hidup yang dapat menemui manusia, masuk ke akal dan menembus hati, jiwa dan akalnya kepada manusia. Di samping itu, kader dapat mencetak kader lain, sebagaimana beliau telah melakukannya.
Kita tidak mengetahui buku-buku khusus karya Imam Asy-Syahid, kecuali beberapa risalah yang dicetak berkali-kali dengan judul Majmu’atu Rosail, atau dalam bahasa Indonesia-nya adalah Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Mudzakkiratud Da’wah wad Da’iyah, atau Memoar Hasan Al-Banna untuk Dakwah dan Da’inya.
Meski tidak banyak buku yang diwariskan Imam Asy-Syahid, namun perpustakaan dunia Islam telah dipenuhi karya kader-kader yang tertarbiyah dalam jamaah yang beliau dirikan. Baik kader sentuhan langsung maupun melalui tangan murid-murid beliau. Satu hal yang pasti, hampir semua kader (binaan) yang menyertai langsung hari-harinya dalam tarbiyah, adalah ulama-ulama yang menghasilkan puluhan, bahkan ratusan buku. Di antaranya adalah Syaikh DR. Yusuf Al-Qaradhawy, Syaikh Sa’id Hawa, Sayyid Sabiq, Sayyid Quthb, Syaikh Muhammad Al-Ghazali, dan masih banyak lagi.
Demikianlah perkenalan kita dengan sang penulis karya yang begitu berharga ini.
Risalah Pergerakan
Membaca buku ini, kita ibarat tengah berhadapan dengan seorang dokter yang begitu mahir dalam mendiagnosa suatu penyakit untuk kemudian ia meramu obat penawarnya demi kesembuhan si sakit tersebut. Obat yang tepat lagi dosis yang cermat dalam
menyembuhkan, sekaligus memberikan kesegaran bagi si pasien.
Membaca buku ini, kita seolah tengah berhadapan oleh seorang syaikh yang begitu mendalam pemahaman dan pengetahuannya, arif dalam bertutur, dan jernih dalam bertafakur. kitaa seperti sedang berada dalam sebuah madrasah yang mampu mendidik, membimbing, mengasah dan mengasuh semua potensi kita dengan begitu jitunya. Kesadaran kita seolah bangkit untuk kemudian bergerak menuju sebuah tujuan yang bagi kebanyakan orang adalah utopia dan sia-sia; Terwujudnya sebuah peradaban dunia yang Islam menjadi soko gurunya.
Pengarang buku ini, semoga Allah melimpahkan rahmahNya, adalah seorang konseptor dan eksekutor yang keduanya bisa dengan sama baiknya dilakoni. Ia adalah motivator dan orator yang handal serta menarik tutur katanya. Semua orang yang berbicara dengannya, mendengarkan pembicaraannya, insya Allah akan mendapatkan begitu banyak manfaat
darinya.
Apakah Anda pikir jika kita terlalu berlebihan? Bisa jadi iya, bisa jadi pula tidak. Namun kita memiliki argumen dalam hal ini. Kita meyakini dengan sepenuh hati, bahwa hanya Muhammad-lah sebaik-baik manusia yang telah Allah berikan kemuliaan berupa ke-ma’shum-an, serta para sahabat dan salafushalih yang menjadi penerus risalahNya yang telah Allah berikan begitu banyak kemuliaan, tentu saja.
Namun, kemuliaan juga dapat diraih bagi orang-orang yang meneruskan risalah Anbiya. Ia juga diwariskan untuk orang-orang yang telah mewakafkan hidup dan matinya hanya untuk menegakkan agamaNya di dunia. Dan orang itu, salah satunya, adalah Hasan Al Banna.
Buku ini, sekali lagi tanpa bermaksud melebih-lebihkan – hanya sebuah ungkapan penghargaan, ibarat pelecut bagi jiwa-jiwa yang malas, pengekang nafsu yang memburu, dan pembakar motivasi yang mumpuni. Al Qur’an seolah hidup kembali di tengah gersangnya aqidah umat yang sedang tenggelam dalam arus materialisme kala itu, bahkan hingga saat ini.
Risalah ini memuat kaidah-kaidah yang diperlukan bagi seorang da’i ilallah dalam menjalankan amanahnya di muka bumi. Hal ini tampak dari penjabaran beliau yang tidak begitu rinci dan detail pada beberapa bagian, meski di bagian yang lain beliau menjelaskan secara panjang lebar. Ini dilakukan justru karena beliau tidak ingin mengekang pemikiran manusia yang senantiasa berubah dari waktu ke waktu dengan melakukan pembatasan-pembatasan dalam definisi. Oleh karenanya, ia hanya membangun beberapa kaidah yang dapat dijadikan sebagai acuan dalam merealisasikan tujuan yang telah ditetapkan.
Hasan Al Banna berkata bahwa ia tidak ingin memperinci hal yang tidak perlu dirinci, karena itu justru akan mempersempit cakupan pengertian yang sebenarnya bisa lebih luas lagi dari itu.
Mungkin ada yang bertanya, ”Apakah itu tidak berarti melebihkan buku ini dibandingkan dengan Al Qur’an dan Hadits Rasul?”. Nau’udzubillahi min dzalik. Ini adalah argumen yang menurut kita dilatarbelakangi oleh kebodohan dari orang yang mengeluarkannya. Hemat kita, cobalah untuk berinteraksi dan menikmati aliran yang bergulir di dalam buku ini, baru kemudian kita dapat memberikan komentar yang konstruktif, bukannya justru destruktif. Kalo hanya sekedar berkomentar miring, apa bedanya kita dengan orang Yahudi dan Nasrani? Semoga Allah membuka hati kita dan menyinarinya dengan cahaya kebenaran.
Syumuliyatul Islam
Satu hal yang ingin disampaikan oleh Hasan Al Banna dalam Risalah ini adalah sebuah seruan kepada umat islam untuk kembali memahami dan mengaplikasikan islam secara utuh dan menyeluruh, sebagaimana yang telah dipahami oleh umat islam terdahulu. Ini bukan berarti Hasan Al Banna membawa ajaran islam ’baru’, namun karena inilah hasil dari interaksi dan analisisnya dengan korelasi antara kegemilangan peradaban islam dengan pemahaman atas keislaman yang mereka anut.
Hasan Al Banna memahami benar, bahwa kemajuan dan kemuliaan ini tegak manakala setiap muslim memahami benar akan apa yang mereka yakini, bahwa hanya islam-lah solusi untuk semua itu. Sehingga tatkala ada masalah yang menimpa, mereka akan maju bersama untuk menghalau masalah tersebut, sesuai dengan aturan yang telah Allah tetapkan di dalam KitabNya dan sunnah-sunnah Rasulullah. Namun kenyataannya, umat saat ini tengah mengalami krisis kebodohan atas diin-nya.
Memang ada di antara mereka yang faqih akan ilmu, namun mereka terjebak dengan hal yang remeh-temeh dan perdebatan tiada ujung. Ini dapat membawa islam kepada perpecahan, padahal islam sangat membenci perpecahan, sebagaimana islam membenci kekufuran. Kondisi inilah yang mendorong Hasan Al Banna untuk bangkit mengambil panji dakwah yang mulai ditinggalkan hakikatnya, karena sibuk dengan dinamika dan fenomenanya.
Beberapa hal yang dikritisi oleh Imam Hasan Al Banna ialah pemahaman islam yang sempit pada beberapa orang. Ada orang yang menganggap bahwa Islam hanyalah urusan pribadi dan berhubungan dengan spiritualisme saja. Ada yang sibuk dengan ilmu kalam dan filasafat yang membingungkan. Ada yang anti dengan politik dan menganggap itu terpisah sama sekali dari Islam. Mereka menganggap Islam adalah agama yang kaku dan menghambat kemajuan, dan berbagai pemikiran sakit dan sempit lainnya.
Oleh karena itu, Imam Hasan Al Banna menerangkan bahwa Islam itu tidak hanya sebatas apa yang mereka pikirkan itu. Namun Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang menyentuh dan mengatur segala aspek kehidupan secara lengkap dan mantap. Imam
Al Banna mengatakan bahwa, “Islam adalah sistem yang menyeluruh, yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemrintah dan umat, akhlaq dan kekuatan, kasih kitang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan sumber daya alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tak kurang dan tak lebih”.
Aduhai, alangkah indahnya bila hal ini dapat kita pahami dengan pikiran yang benar dan hati yang jernih, niscaya segala kebaikan akan tercurah dari Allah kepada kita, jika kita mampu merealisasikannya.
Keyakinan Tanpa Keraguan
Dalam risalah ini, kita juga menemukan sebuah mata air keyakinan yang begitu jernih, dalam dan menyegarkan. Ia adalah
keyakinan yang menghentak dan bergerak. Keyakinan yang tidak semata khayalan dan utopia, namun ia berawal dari janjiNya yang tiada pernah tersalah, sebagaimana tertuang dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi mengenai datangnya masa keemasan Islam setelah mengalami masa kemunduran.
Keyakinan ini benar-benar mempu mengasah seluruh sendi fikriyah kita dan membangkitkan semangat untuk merealisasikannya, dengan tahapan dan sarana yang tentu saja harus diperhatikan dan disusun dengan seksama. Kiranya kalimat pembuka dalam kajian ini dapat kita renungi bersama makna dan hakikatnya. “Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya.”
Saturday, February 18, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)



