Tuesday, March 13, 2012

11 JANUARI 2012

Tarikh yang dinantikan sudahpun tiba,kenapa ye dengan tarikh tu?haaa,tarikh tu tarikh dimana aku ada appointment dekat hospital Sibu.ermm,secara jujurnya aku rasa nervous.mungkin ini kali pertama aku buat appointment dekat hospital,besar pulak tu.sebelum ni,dekat klinik je.sebenarnya penuh tanda Tanya di fikiranku ketika itu.apa agaknya yang berlaku nanti ye?ermm,entahlah...tawakal je,insyaAllah tidak ada apa yang serius berlaku.

      Hampir 5 jam aku tunggu dekat wad,terasa penat pun ada apalagi rasa hendak tidur,lagilah.Alhamdulillah,Allah kirimkan teman buat aku meskipun seketika.. J
Tidak lama kemudian,doktor memanggilku untuk pergi ke wad pembedahan.WAD PEMBEDAHAN!!!terkejut dibuatnya...mula ingat nak buat pemeriksaan biasa-biasa sahaja,rupanya.. “insyaAllah,tidak ada apa-apa yang berlaku”..bisik hati kecilku.

      Sampai di wad pembedahan,aku terus rasa kaku.bukan apa,penghawa dinginya terlalu kuat,seolah-olah dalam peti sejuk. “alamak!!kena buka kasut ke?ingat boleh bawa masuk sekali”..lagilah,rasa hendak terbang je tak nak pijak lantai.tapi,ada seorang jururawat yang comel,bagi sarung kaki plastik warna biru dan bagi selimut tebal warna hijau..alhamdulillah,kurang sikit sejuknya. J sempat lagi puji jururawat tu..jangan marah ye akak jururawat..

       Tiba giliran aku untuk masuk ke bilik pembedahan.erkk!!sempat lagi seorang akak jururawat ni bergurau.. “gigi palsu ada tak,dah tanggalkan?heheheeee...!!”akak,akak..tapi,dia pandai buat orang tenang.subhanallah,cantiknye bilik pembedahan,rasa nak langkah keluar balik je.punyalah canggih,macam-macam peralatan ada. “oh,awak Nurul ye..”siapa yang tegur?rupanya,seorang doktor yang sudah menjadi ninja yang tegur.banyak juga yang ditanyanya,yang aku rasa macam gunung berapi yang hendak meletup...time aku dah dibagi ubat penahan sakit dan rasa nak pengsan,sempat lagi doktor tu Tanya.. “erkk!!dah kahwin ke belum?” ada lagilah selepas tu dia Tanya,tapi yang tu tak terasa apa-apa...

   Mulalah aku kena telan wayar yang bersaiz rotan besar.Allah sahaja yang tahu bagaimana aku rasa masa tu.tidak lama kemudian,semuanya sudah selesai...Alhamdulillah,tidak ada apa-apa yang kritikal  berlaku...syukran ya Allah,kerana sentiasa menemani aku..tapi,kesannya masih ada,sehingga aku tiadak bisa untuk berjalan seketika...jadi,aku terpaksa berehat sekejap dalam wad..rasa hendak tidur,tapi tak selesa...terlalu sejuk...Alhamdulillah,tidak lama selepas itu,aku sudah bisa untuk berjalan walaupun masih terasa sakitnya...